fbpx
LOADING

Type to search

Girly Itinerari BP Travel

Trip ‘Girls Only’ ke Hatyai, Bangkok, & Mengejar Sunflower di Lopburi, Hanya RM900 Je!

MM December 20, 2018
Share

TIPS

  • Lagi jauh pendalaman Bangkok lagi susah cari makanan halal
  • Tidak semua boleh komunikasi dalam Bahasa Inggeris
  • Sebenarnya, orang Bangkok sangat peramah. Tak semua yang ‘berniat buruk’
  • Bangkok sesuai bagi traveler muda yang ingin melihat ‘nikmat dunia’
  • Kemana sahaja melancong sekali pun, INSURANS TRAVEL WAJIB BELI guys!

Sawadikap! Sejak akhir-akhir ini, destinasi Hatyai dan Bangkok telah menjadi pilihan popular dalam kalangan pengembara Malaysia, tidak kira usia, status bekeluarga mahupun pasangan berbulan madu.
Lebih menarik, pengalaman sepanjang perjalanan dengan menaiki pengangkutan awam seperti bas atau keretapi ternyata lebih menyeronokkan daripada korang naik kapal terbang. #NowEveryoneCanFly
Ayuh kita selami itinerari yang dikongsikan pengikut #BackPackerz, Nor Atikah Mohd Khanafi yang mengembara bersama 10 ‘gegirls’ ke syurga shopping di Bangkok, awan karpet di Phu Tub Berk, Phetchabun dan mengejar bunga matahari di Lopburi.

4 Disember 2018 | Hat Yai ke Bangkok
Tyka dengan kawan-kawan naik train ke Padang Besar. Sampai Padang Besar selesai semua urusan imigresen, kami decide ambik van. Sebab senang nak ronda dan nak ke Airport. Kami share seorang 300 Baht untuk van dan makan di Hat Yai. Kos van di Hat Yai dalam 1200 Baht untuk satu van.

Dari Padang Besar, kami singgah makan di Kai Tod Decha, sambung jalan di Samila Beach dan terus ke Airport Hat Yai. Flight Hat Yai ke Bangkok dalam sejam lebih. Kos flight AirAsia waktu tu 584 Baht seorang.

5 Disember 2018 | Phu Tub Berk & Lopburi ,Thailand

Sampai Bangkok dalam 10 malam (4 Disember ), jumpa lagi seorang kawan sebab dia dari KL. Dah cukup 10 orang kami naik van dari Airport ke Phu Tub Berk. Perjalanan lebih kurang 6 Jam. Tapi van tak boleh naik atas jadi kami tukar naik songthaew (boleh google). Nak naik ke puncak ambil masa dalam satu jam perjalanan. Naik bukit dalam pukul 5 pagi macam tu. Memang terasa sejuk! 

Kawan Tyka dah tempah bilik untuk kami mandi dan tukar baju. Dah sampai sana, tetiba bilik tak ada sebab owner tu silap tarikh pula. Erghhh! Tapi lepas sembang panjang, dapat juga bilik sebab nak guna sekejap saja dalam 3 ke 4 jam untuk mandi dan tukar baju.

Untuk dapat view awan karpet tu kena tunggu sebab kabus tebal. Bila dah cerah sikit baru dapat view yang superb! Mujur time tu orang tak ramai. Tapi sekejap saja sebab kabus datang balik. Cuma kita kena alert time yang sesuai untuk gambar yang cantik. 

Makanan halal memang susah nak jumpa. Sebaik kami bawa maggie dan beli ubi keledek rebus. Turun dalam pukul 11 pagi sebab nak ke Lopburi pula. Hey ho lets go! 

Perjalan ke Lopburi boleh tahan jauh. Sampai Lopburi dalam pukul 4 petang macam tu. Kami sempat isi perut dekat 7E. Sampai Lopburi terus teruja untuk tangkap gambar. Free saja tau dan nasib orang tak ramai jadi Ladang Bunga Matahari tu kami yang punya. Sempat beli kuaci bunga matahari 100 Baht dapat 3 bungkus. Rasa sama macam kuaci dekat Tesco je. Cuma yang honey tu rasa dia sedap sikit. 

Kemudian, terus balik ke Bangkok. Sampai Bangkok, kami terus pergi street market dan urut sebab kaki Tyka tergeliat jatuh masa dekat ladang bunga matahari tu. Kos penginapan di Rai Rim [email protected] Thap Boek Mountain 1000 Baht untuk 2 bilik.

6 Disember 2018 | Kota Bangkok

Kami menginap dekat Hua Lamphong Hostel, Bangkok. Hostel ni dekat dengan stesen keretapi. Pagi jumaat, semua dah ready nak ke Maeklong Railway. Ala pasar yang ada keretapi lalu tengah tu. Kami duduk sekejap saja. Train lalu dalam pukul 11 pagi. Kalau tak silap, dua kali saja train lalu.

Lepas tu kami terus ke Santorini, Hua Hin. Ada la berhenti sekejap dekat Pantai Hua Hin dan Swiss Sheep Farm. Kebetulan pula dekat Santorini ada promo buy 1 free 1. Ada macam-macam permainan seperti roda ferris, main bot air, main kereta laga, rumah hantu dan banyak lagi. Tapi yang dapat permainan percuma hanya satu je. Selebihnya, kami berOOTD sampai ke petang. Cuaca agak panas terik tapi keseronokkan itu lebih utama. 

On the way balik kami singgah street market dorang. Bangkok memang terkenal dengan pasar malam jalanan. Suasana best dan meriah. Ada jual macam-macam dekat area Pratunam dan Neon market. Balik night market tu kami sambung pergi urut lagi.

  • Kos massage 250 Baht seorang
  • Santorini fee 150 Baht seorang
  • Hua Lamphong Hostel 8800 Baht untuk 3 bilik

7 Disember 2018 | Bangkok ke Malaysia

Pagi tu check out. Lepas tu naik train ke Chatuchak. Tiket lebih kurang 84 Baht untuk 10 orang balik. Pasar Chatuchak ni agak besar juga. Jadi korang kena waspada dengan persekitaran. Jaga elok-elok handbag, passport dan barang berharga korang. Kami memang bergerak dalam kumpulan, so alhamdulillah tak ada apa-apa. 

Selepas shopping, kami berlari balik sebab nak kejar train ke Padang Besar. Train bergerak dalam pukul 3 petang dan sampai di Padang Besar dalam jam 10 pagi. Tyka dpt katil bawah jadi selesa dan terlena juga. Sebelum naik train, kami beli makanan siap-siap dekat 7E sebab atas train macam susah nak cari makanan halal. Kos keretapi ke Padang Besar RM120. 

8 Disember 2018 | Kuala Lumpur

Alhamdulillah, kami semua selamat sampai. Walaupun 10 orang gadis dan ada yang tak pernah kenal atau jumpa sebelum trip ini, tapi semua sangat OK!! Memang masuk kepala dan happy go lucky! Betul lah orang cakap, nak travel best, mesti cari geng yang sekepala.


INFO RINGKAS

  • Cuma tukar duit RM 700 ++ sahaja. Masa tu, rate dalam 7.77
  • Total untuk seorang makan, transport, massage & hotel, cincai kira dalam 300 Baht (Hat Yai), 3500 (Bangkok)
  • Nak lebih jimat, bila travel ramai-ramai, kami bahagi tugasan, seorang jaga makan, yang lain jaga transport & hotel
  • Perkongsian ini sebagai rujukan. Percutian korang adalah hak milik peribadi. Korang yang menentukan gaya atau cara percutian mengikut bajet, mampu milik atau mewah
Dewi Remaja versi Muslimah
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!