fbpx

Type to search

Tips Travel Travelog BP

10 Destinasi Percutian Dengan Risiko Tuntutan Insurans Tertinggi – No. 1 Itu Memang Tumpuan Traveler!

Share

Percutian di negara asing adalah menarik dan menyeronokkan, tetapi tetap ada risiko yang ‘mendampingi’ korang, terutamanya apabila tidak biasa atau kurang arif dengan sesuatu lokasi serta destinasi yang hendak dituju.

Selain daripada kekal selamat semasa berjalan dan mengembara, adalah penting untuk melakukan penyelidikan asas (basic research) berkaitan trip percutian anda. Bukan apa, ia untuk memastikan anda dilindungi dengan insurans perjalanan yang betul. Bak kata peribahasa melayu, Nasi sudah menjadi bubur.

Tiada siapa yang mahu memikirkan tempat yang mereka rancang untuk bercuti sebagai destinasi berisiko, namun #BackPackerz ingin kongsikan satu trivia yang tidak ramai tahu – Destinasi percutian paling berisiko di dunia. Jeng! Jeng! Jeng! 

TUNTUTAN INSURANS TINGGI – THAILAND NO.1 

Percutian berisiko bermaksud tempat-tempat dimana pelancong paling berkemungkinan membuat tuntutan insurans akibat kemalangan dan negara-negara yang disenaraikan adalah kebanyakan destinasi pilihan masa kini atau “bucket lists”.

Tinjauan daripada Syarikat Insurans Perjalanan Endsleigh (United Kingdom) telah menganalisis banyak tuntutan insurans yang dibuat kepada mereka untuk diselesaikan, pada masa sama, mereka menyenaraikan destinasi paling berisiko untuk dikunjungi adalah negara gajah putih iaitu Thailand. Sawadikap! 

Thailand telah menduduki tempat teratas dengan 23 peratus daripada tuntutan insurans perjalanan Endsleigh, hampir satu perempat daripada keseluruhan. Destinasi ini cukup popular untuk pelancong luar dan backpackers, jadi tidak menghairankan sekiranya Thailand tersenarai sebagai negara yang paling banyak menerima tuntutan insurans.

PERIKSA TERMA INSURANS

Apabila anda menganggap aktiviti popular seperti ronda menggunakan skuter sewa di Bangkok atau selam skuba di pantai-pantai indah di Thailand, semuanya terdedah dengan kemalangan.

Terdapat banyak kemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal, kereta, dan bas mini telah dilaporkan diThailand. Termasuk kes terbaru yang tular di media sosial iaitu Abd Wahab Yahaya yang cedera parah selepas kemalangan di Krabi.


INFO – Di bawah undang-undang Thailand, anda mesti memakai topi keledar ketika menunggang motosikal. Pastikan anda mempunyai lesen yang betul dan travel insurance yang sewajarnya jika memandu atau menggunakan motosikal. Selain itu, jika anda menggunakan kenderaan bermotor tanpa lesen yang sah di Thailand, ini boleh membatalkan insurans perjalanan anda sekiranya berlaku kecederaan akibat kemalangan.


Jadi, pastikan anda menyedari dan memahami segala terma penuh daripada syarikat insurans sebelum melakukan pengembaraan atau percutian ke mana-mana destinasi. Bertindaklah sebagai pengembara yang bijak! 

Seterusnya dalam senarai destinasi yang berisiko adalah Chile, diikuti oleh Amerika Syarikat. Masing-masing menerima 15 peratus daripada tuntutan yang dibuat setiap tahun kepada Syarikat Insurans Perjalanan Endsleigh.

Manakala, Sepanyol dan Jerman mengisi tempat keempat dan kelima dalam senarai – mungkin kerana negara ini begitu popular dalam kalangan pelancong Eropah dan British yang melawat pada musim panas.

10 Destinasi Pelancongan Berisiko Menerima Tuntuan Insurans Tinggi

  1. Thailand
  2. Chile
  3. United State
  4. Spain
  5. Germany
  6. Nepal
  7. Peru
  8. France
  9. Bahamas
  10. Brazil
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!