fbpx

Type to search

Airlines Berita BP

Turkish Airlines Sedia Bekerjasama Meningkatkan Pelancongan di Palestin

Share

Turkish Airlines adalah syarikat penerbangan kebangsaan di Turki, dan merupakan rangkaian airlines keempat terbesar di dunia.

Sehingga 2018, Turkish Airlines menawarkan penerbangan ke 304 destinasi di 119 negara di seluruh Eropah, Asia, Afrika dan Amerika.

Miles&Smiles Classic and Classic Plus members have the benefit of 10 MB free Wi-Fi in flight

Berita gembira untuk pelancong Muslim. Turkish Airlines bersedia bekerjasama untuk meningkatkan industri pelancongan di Palestin, menurut kenyataan rasmi Sabtu lalu. 

Menteri Pelancongan Palestin, Rola Maayia berpeluang mengadakan pertemuan bersama Naib Presiden Turkish Airlines bahagian jualan Timur Tengah, Muhammed Fatih Durmaz di bandar Bethlehem, di Tebing Barat, kata kementerian itu. Maaiya turut menekankan Palestin dan Turki mempunyai hubungan yang kuat serta saling mempercayai.

Ramallah Checkpoint, Ramallah, Palestine
The Western Wall, Jerusalem

Semasa perbincangan itu, Durmaz berkata syarikat penerbangan terkemuka ini bersedia untuk menjalinkan kerjasama untuk membawa lebih ramai pelancong luar ke Palestin. Cuma, setakat hari ini, tidak ada lapangan terbang yang beroperasi di wilayah Palestin.

Menurut Kementerian Pelancongan Palestin, bagi tahun 2018 telah merekodkan lebih 130 ribu warga Turki melawat Palestin untuk bercuti, urusan perniagaan dan sebagainya. Secara keseluruhan, negara tersebut menerima lebih daripada 3 juta pelancong luar pada 2018.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak delegasi teratur serta lawatan dari Turki mengunjungi Palestin. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut menggalakkan umat Islam untuk mengunjungi Jerusalem, memandangkan Amerika Syarikat telah memindahkan kedutaannya ke bandar tersebut.

Sumber: Turkey’s Anadolu news agency
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!