LOADING

Type to search

Insider BP

Ueno Park Bawa Aku Untuk Ber’Hanami’ Bersama Faiz Dickie

backpackerz April 6, 2018
Share

Seperti sudah menjadi trend masa kini, semakin ramai traveller Malaysia gemar mengembara secara ‘backpacking’. Apa sebenarnya konsep mengembara secara backpack ini? Konteks travel secara backpacking ini luas dan subjektif. Cuma pada asasnya, ianya bertujuan untuk menjimatkan kos percutian semaksima mungkin. Bila sudah melibatkan kos, pastinya terdapat beberapa keselesaan yang terpaksa kita lepaskan seperti jenis penginapan dan jenis pengangkutan. Bukan sahaja terpaksa melepaskan keselesaan, minda juga perlu di set untuk menjadi positif dan keluar daripada zon yang selesa.

 

Pada bulan Mac yang lalu, kami berkesempatan mempelawa ikon Instagram Malaysia, Faiz Dickie untuk turut serta merasa pengalaman bercuti secara backpacking. Trip ini bertujuan memberi pendedahan kepada pengembara-pengembara yang lain mengenai keunikan backpacking. Alhamdulillah, trip selama tujuh hari berjalan dengan lancar. Destinasi untuk trip backpacking bersama Faiz Dickie adalah Jepun. Mengikut perbualan dengan Faiz, ini merupakan pengalamannya yang pertama travel secara backpacking.

Bumi Sakura!

Jika negara Amsterdam terkenal dengan bunga tulips, negara Jepun pula terkenal dengan bunga sakura. Musim bunga pada kali ini tiba lebih awal sedikit berbanding tahun sebelumnya. Kami menaiki flight malam daripada KLIA, dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita kira-kira jam 7pagi. Setelah selesai di kaunter imigresen dan bagasi, kami menuju ke pejabat pos yang terletak di balai perlepasan untuk mengambil wifi modem yang telah ditempah ketika di Malaysia. Modem ini boleh dikongsi-pakai bersama empat unit gadget yang lain. Memang berbaloi untuk disewa sekiranya anda travel berkumpulan.

Hostel Anne Yokozuna

Sepanjang berada di Tokyo kami menginap di Hostel Anne Yokozuna yang terletak di kawasan Asakusa. Kedudukan hostel agak strategik kerana berhampiran dengan kedai serbaguna, muzium dan pengangkutan awam. Stesen metro dan rangkaian JR hanyalah berjarak 300 meter daripada hostel. Penginapan di hostel adalah secara dormitory. Setiap bilik mempunyai tiga katil bertingkat yang berlangsir. Terdapat beberapa kemudahan lain disediakan seperti dapur yang lengkap dengan peralatan memasak, mesin basuh baju, pengering baju dan juga komputer.

Kemudahan untuk memasak merupakan aspek penting dalam pemilihan penginapan. Harga satu set makanan halal di Tokyo mencecah sehingga RM30. Dengan memasak, kos percutian dapat dikurangkan. Sekiranya menginap di hostel, sudah menjadi kebiasaan bahan seperti teh, kopi, garam dan gula diberikan secara percuma. Kalau dah habis, boleh minta mereka menambah semula.

Tokyo Subway Ticket1-day’

Dari segi pengangkutan pula, kami memilih untuk menaiki metro kerana lebih menjimatkan. Tiket ‘Tokyo Subway Ticket1-day’ yang berharga 800 yen boleh digunakan tanpa limit. Kiraan 24 jam hanya bermula pada kali pertama anda menggunakan tiket. Selain daripada tiket untuk satu hari, juga terdapat tiket untuk dua dan tiga hari yang berharga 1,200 yen dan 1,500 yen. Untuk memudahkan perjalanan, anda boleh download aplikasi Tokyo Metro Subway di smartphone. Aplikasi ini boleh digunakan secara offline. Tak susah sebenarnya menaiki pengangkutan awam di Jepun. Boleh dikatakan hampir semua tempat menarik terletak berhampiran dengan stesen metro dan JR.

Piknik Cara Orang Jepun

Antara aktiviti highlight ketika trip ke Jepun adalah hanami. Hanami merupakan acara tradisi masyarakat Jepun untuk menghayati keindahan bunga sakura. Terdapat lebih daripada seratus jenis pokok sakura di Jepun. Sebahagian daripada pokok sakura ini ditanam dari zaman terdahulu lagi untuk hiasan di taman-taman dan sebahagiannya lagi tumbuh secara meliar di hutan seperti di Yamazakura. Kebanyakan sakura bewarna merah jambu dan putih, tetapi ada juga yang bewarna merah jambu gelap, kuning dan hijau.

Ueno Park

Untuk aktiviti hanami, selalunya masyarakat disini akan menghampar tikar dibawah pokok sakura dan berpiknik bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Kami bernasib baik kerana beberapa orang pelajar daripada Universiti Nagaoka secara sukarela menawarkan diri untuk mengatur hanami di Ueno Park. Mereka keluar seawal jam 6 pagi untuk mencari spot yang menarik! Ueno Park merupakan salah sebuah taman yang popular di sepanjang musim bunga. Kalau datang lambat, memang tiada harapan nak dapat tempat untuk hanami. Saya sendiri berasa kagum dengan masyarakat disini. Disebalik arus kemajuan, mereka juga masih mementingkan hubungan sesama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Tokyo Central Mosque

Selain daripada hanami, kami juga sempat melawat ke Shibuya, Harajuku, Asakusa, Akihabara, Odaiba, Tsukiji Fish Market dan Tokyo Central Mosque. Masjid terbesar di Jepun ini terletak di Yoyogi Uehara. Masjid ini mendapat tajaan daripada kerajaan Turki. Bahan binaan dan perabot yang digunakan didalam masjid ini dibawa khas daripada Turki.

Bukan sahaja bahan binaan daripada Turki, malahan tukang bina masjid pun didatangkan khas daripada Turki. Ianya melibatkan seratus orang tukang dalam tempoh masa pembinaan selama setahun. Ruang solat yang luas dan bilik wuduk yang disini sangat selesa. Kami mengambil peluang untuk beriktikaf disini dan menunaikan solat jamak zuhur dan asar. Terdapat beberapa restoran makanan halal yang terletak berdekatan dengan masjid.

Jika diikutkan, 7 hari memang tidak cukup untuk mengembara di Jepun. Terlalu banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Disamping tempat-tempat menarik, budaya dan adab sopan masyarakat di Jepun terut menggamit hati kami.

Explorasi secara backpacking ini menjadi lebih menyeronokan kerana kita mudah untuk berjumpa dengan rakyat tempatan, bersembang dan bertukar fikiran. Memang lah mengembara secara backpacking memang memenatkan. Tetapi pengalaman yang bakal anda perolehi itu tidak akan mengecewakan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up