fbpx

Type to search

DekatJe Editor Pick Itinerari BP

Uptown Dapo Pata, Port Lepak Santai & Chill di Terengganu – 4 Benda Best di Uptown Kontena Ini!

Share

Nak lepak mana bila bercuti di Kuala Terengganu? “Ada Blaker Semer” di Uptown Kontena Dapo Pata.

Setiap tempat mesti ada kawasan chill untuk korang lepak dengan ‘mood’ ala-ala hipster dan family-concept, tidak kira area urban mahupun luar bandar. Pengalaman itu lebih mengujakan!

Port bersantai yang pernah tular di Kuala Terengganu, Dapo Pata

Team BackPackerz sempat berkunjung ke Uptown Kontena / lebih dikenali sebagai Dapo Pata, terletak di pesisir pantai Kg. Pantai Tok Jembal, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu boh!

“Dapo Pata” bermaksud dapur pantai kerana kedudukannya terletak di pesisiran pantai dan ia merupakan uptown tepi pantai pertama di Malaysia.

Korang boleh dapatkan pelbagai jenis makanan kerana terdapat banyak kedai yang telah di buka sekarang
Lukisan mural pada badan-badan kontena sekitar kawasan Dapo Pata

Aktiviti yang korang boleh buat dan layan adalah makan, makan serta makan! Suasana lagi meriah dengan tarikan kedai bundle, mural seni lukis kreatif, trek papan selaju (skateboard), kedai souvenir, ada busking dan lepak santai sambil dibuai angin pantai Laut China Selatan.

Ada dek skateboard weh dekat sini. Mungkin next Padin Musa dari Terengganu!

EMPAT benda menarik di Uptown Kontena (Dapo Pata)

  1. Satu tapak bazaar niaga di tepi pantai yang terbuka, di mana pengunjung boleh menikmati pelbagai makanan yang moden atau tradisional antaranya western food, makanan kampung, beraneka kopi dan banyak lagi. Sesuai lepak santai sambil menghirup udara segar angin pantai.
  2. Kamera jangan lupa sebab banyak juga sudut menarik untuk Instagram-worthy spots around Dapo Pata ni. Korang boleh layan gambar-gambar yang sempat dirakam oleh penulis kami semasa trip Ekspresi Media 2019 anjuran Tourism Malaysia.
  3. Dekat Uptown Kontena ini juga, korang berpeluang menonjolkan bakat dan seni kreatif persembahan seperti busking, silap mata, pelukis dan sesiapa sahaja yang berbakat. Boleh jadi “Dapo Pata Got Talent”.
  4. Waktu sesuai untuk korang datang adalah pada sebelah pentang nak ke senja atau waktu malam. Dapo Pata ini akan kelihatan sangat cantik dengan hiasan lampu-lampu yang menyinari Pantai Tok Jembal, ditambah dengan persekitaran yang dipenuhi lukisan mural pada badan kontena. Memang berseni dan menarik perhatian pengunjung! Syabas Dapo Pata.

Uptown Kontena Dapo Pata ada kedai bundle atau pre-loved items
Memang best kalau nak bergambar dekat sini, pastikan kamera jangan tertinggal!

Satu tempat tarikan pelancong yang menawarkan keunikan serta keseronokkan! Tak perlu korang bersusah nak melancong jauh-jauh, rancang sahaja short getaway ke Terengganu, memang #DekatJe dan jimat. 

Terima kasih #TourismMalaysia! 

"Travel makes one modest. You see what a tiny place you occupy in the world.”
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!