Type to search

Berita BP Insider BP Travel

Visa Melancong ke Sri Lanka Percuma untuk 30 Negara, Termasuk Malaysia!

Share

Berita menggembirakan buat sang pengembara! Sri Lanka sedang ‘agresif’ untuk meningkatkan industri pelancongannya dengan menawarkan VISA PERCUMA kepada pelancong luar lebih dari 30 negara.Β 


Negara ‘kepulauan kecil’ yang terletak di selatan India ini bakal memberikan promosi free visas mulai 1 Mei 2019 kepada pelancong dari negara Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Australia, Korea Selatan, New Zealand, Thailand, Singapura dan tidak terkecuali, Malaysia Tanah Airku.

Surfing in Arugam Bay, Sri Lanka

Trivia – Lonely Planet juga menyenaraikan Sri Lanka sebagai “Top 10 Countries to Travel in 2019”


Picking tea leaves in Talawakelle, Sri Lanka
Rickshaw vehicle waiting tourist in the street

Difahamkan, tempoh visa percuma ini akan dikuatkuasakan selama enam bulan untuk membantu meningkatkan taraf pelancongan mereka ketika musim puncak seperti kedatangan Monsun Yala tidak lama lagi.

Bulan Mei hingga Ogos adalah musim tengkujuh (Yala Monsoon) di Sri Lanka, jadi kebiasaannya taburan hujan adalah tinggi dan lebat.

Ride the train to get connection between unseen places in Sri Lanka

Sekiranya tawaran visa percuma disambut baik dan menerima kemasukan pelancong yang memuaskan, Sri Lanka bakal mempertimbangkan untuk melanjutkan inisiatif ini kepada pelancong dari negara lain atau membuat pengaturan visa percuma secara tetap. Sangat menarik!

Prestasi pelancongan Sri Lanka pada 2017 menunjukkan peningkatan bilangan pelancong dengan 2.1 juta pengunjung sejak berakhirnya perang saudara sekitar tahun 2009, menurut laporan Sri Lanka Tourism Development Authority.


FUN FACTS” TENTANG SRI LANKA YANG PATUT KORANG TAHU;

  1. Sri Lanka adalah destinasi popular sukan meluncur air (surfing) yang memenuhi semua tahap pengalaman.
  2. Sri Lanka juga destinasi yang selamat untuk pengembara & jenayah ganas terhadap pelancong hampir tidak pernah dilaporkan.
  3. Sri Lanka cukup terkenal dengan ladang teh dan menghasilkan beberapa jenama teh berkualiti terbaik di bumi.
  4. Jika tanpa Visa Percuma, pelancong Malaysia perlu memohon visa secara online pada harga RM 124 (USD 30) atau on arrival dengan harga RM 145 (USD 35) untuk tempoh 30 hari.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!