LOADING

Type to search

Berita BP

Visa Perjalanan ke Pakistan sudah dimansuhkan!

MM November 22, 2018
Share

Islamabad adalah ibu kota Pakistan. Dibina sebagai bandar terancang pada tahun 1960-an bagi menggantikan Karachi sebagai ibu negara Pakistan. Islamabad terkenal dalam kalangan pelancong dan perantau luar kerana taraf hidup, keselamatan serta kehijauan bandar.


Jika sebelum ini, ramai berkongsi tentang kerumitan untuk mendapatkan permohonan visa ke Pakistan, mungkin kini tidak lagi guys!Β 

Pada 21 November lalu, Pakistan dan Malaysia telah menandatangi Memorandum Persefaham (MoU) mengenai pemansuhan visa bagi perjalanan antara kedua-kedua negara itu.Β 

Ia bertujuan untuk mengukuhkan momentum positif dan hubungan berterusan sejak sekian lama dalam bidang pendidikan, pelancongan, kerjasama pertahanan dan bantuan teknikal.

Kredit foto - Bernama

Pemansuhan perjanjian itu telah ditandatangani oleh Menteri Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin di hadapan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Tun Dr Mahathir Mohamad.Β 

Ini adalah lawatan sulung pertama Imran Khan ke Malaysia sejak memegang jawatan pada bulan Ogos tahun ini. Harap-harap pemansuhan visa ini lebih terbuka dan tidak tertumpu pada pemegang pasport diplomatik atau rasmi sahaja.


INFO

  • Kali terakhir perdana menteri Pakistan melawat Malaysia ialah 13 tahun lepas ketika Syed Yousuf Raza Gilani menyandang jawatan itu pada 2005.
  • Pakistan merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Selatan.
Tags:

2 Comments

  1. Ram Devan November 22, 2018

    Bagaimanakah kepada warga Malaysia yang baru sahaja telah bayar untuk mendapat visa pergi ke pakistan ? Bolehkah wang yang telah dibayar untuk mendapat Visa dikembalikan kepada warga Malaysia yang telah mendapat visa ?

    Reply
  2. backpackerz November 22, 2018

    Hi Tuan Ram. Satu persoalan yang bagus. Cuma jawapan yang tepat kami belum dapat sahkan. sebagai panduan kepada awak, pemansuhan Visa ini masih belum dikuatkuasakan tempohnya, sama ada tahun ini atau 2019. Dan tentang pembayaran semula wang itu, mungkin awak boleh rujuk Pakistan Embassy untuk maklumat yang lebih tepat. Kami kongsikan talian Pakistan Embassy untuk pertanyaan awak – 03-2161 8877- 79/2161 1880 (Exchange). Thanks!

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!