Type to search

Antarabangsa Berita BP Teknologi

Wi-FI Percuma Disediakan Dalam Bas Awam & Taman Bandar di Seoul

Share
  • Seoul adalah ibukota & bandar metropolis terbesar di Korea Selatan
  • Menurut UNdata (2017), Seoul adalah ibu negara kesembilan paling ramai populasi di dunia (9.776 juta)
  • Di Seoul, selain bas awam, korang boleh melawat kebanyakan tempat menggunakan kereta api bawah tanah – sistem pengangkutan metro kedua paling banyak digunakan di dunia

Sambungan Wi-Fi akan akan disediakan secara percuma di semua perkhidmatan pengangkutan awam dan taman bandar di seluruh Seoul mulai tahun depan.

Wi-Fi connection will become free in all public transport services & parks across Seoul from next year

Kerajaan Metropolitan Seoul berkata modem Wi-Fi dalam kenderaan akan dipasang pada 1,499 pengangkutan bandar yang disediakan untuk 235 laluan bas menjelang akhir Oktober ini. Ia sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan akses maklumat kepada pelancong serta mengurangkan kos telekomunikasi.

Selain itu, kemudahan ini turut dipasang dalam 6,000 bas bandar (city buses) menjelang Disember dan 1,405 bas antara bandar (intercity buses) pada tahun depan.

Namsan hill is where the Seoul Tower located. Favorite spot for tourist

Bandar Seoul juga akan memperluaskan perkhidmatan Wi-Fi ke perhentian bas iaitu 358 terminal bas dan lorong bas berhenti sahaja serta 2,000 di perhentian bas sisi jalan mulai tahun depan. Rangkaian Wi-FI percuma juga akan disediakan di 24 taman besar sekitar Seoul. Pusat kebajikan untuk warga tuan dan remaja juga akan dipasang kemudahan tersebut.

The Seoul Metropolitan Government merancang untuk menggandakan jumlah modem Wi-Fi awam kepada 20 ribu unit menjelang akhir tahun ini.

Tourist wearing traditional costume in street at Gyeongboggung, Seoul, South Korea

Ketika ini sambungan Wi-Fi percuma hanya tersedia di 270 bas di Seoul, agak terhad. Sedikit sebanyak kemudahan ini akan membantu melancarkan urusan percutian pelancong luar dan orang awam untuk mendapatkan informasi serta itinerari perjalan semasa mengunjungi Seoul.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!