Type to search

Aplikasi Editor Pick Featured Insider BP Travel

XTVT – Aplikasi Panduan Percutian & Tempahan di Hujung Jari Anda

Share
  • Aplikasi panduan pengembaraan percuma untuk para pengguna telefon pintar
  • Mengajak pengguna melancong ke pelbagai destinasi unik di Malaysia – mengikut cara & gaya pelancong tempatan
  • Menyediakan kupasan lengkap merangkumi sembilan segmen pengembaraan

Rasai ketenangan fikiran ketika melakukan rancangan percutian dan perjalanan anda dengan XTVT – “Discover Malaysia Like A Local

Travel guide at your fingertips. Download now

Kita bukannya selalu ada banyak masa untuk membuat ‘carian dan kajian’ tentang lokasi pengembaraan yang ingin dituju. Terkadang perlu bergantung kepada panduan mahupun tip yang diperoleh daripada sumber bacaan lain seperti buku, risalah pelancongan ataupun internet.

Sungguh bertuah generasi masa kini untuk melancong dengan XTVT. Mudah merancang percutian kerana menerusi aplikasi ini, kita bebas memilih aktiviti pengembaraan berdasarkan minat dan bajet masing-masing. XTVT, sebuah aplikasi yang diwujudkan oleh rakyat Malaysia, untuk membawa anda menerokai Malaysia secara dekat dan gaya lokal.

Terokai Malaysia dengan XTVT
Jadikan pengembaraan lasak anda lebih mudah bersama XTVT

APA ITU XTVT?
XTVT
adalah sebuah aplikasi telefon pintar yang diwujudkan oleh anak tempatan, menyediakan panduan pengembaraan bagi membolehkan pengunjung menerokai Malaysia dengan gaya lokal.

Pendek kata, anda mengembara seperti cara penduduk tempatan mengembara – cari tempat makan rare, lakukan aktiviti unik yang hanya ditawarkan di sesuatu tempat yang tidak ditawarkan di lokasi lain dan pergi ke lokasi yang biasanya tidak diketahui “tourist” lain.


XTVT - Discover Malaysia Like A Local

XTVT menawarkan panduan pengembaraan berdasarkan SEMBILAN segmen pelancongan popular iaitu:

  1. Senarai Aktiviti
  2. Aktiviti Pilihan
  3. Sajian Tempatan
  4. Aktiviti Air & Pantai
  5. Mendaki
  6. Penerokaan Gua
  7. Kebudayaan
  8. Taman-Taman & Trail
  9. Aktiviti-Aktiviti Sampingan
Kategori, Lokasi, Peta & Tempahan

BAGAIMANA MENGGUNAKAN XTVT?
Aplikasi ini mempunyai beratus cadangan aktiviti untuk anda lakukan sepanjang percutian; tidak kira di mana anda berada, semuannya hanya di hujung jari.

Kesemua segmen ini dibahagikan mengikut empat pecahan navigasi iaitu KATEGORI, LOKASI, PETA dan TEMPAHAN. Senang cerita ketika menggunakan aplikasi ini, anda boleh memilih kategori yang diinginkan, tetapkan lokasinya di mana, kemudian rujuk peta dan seterusnya buat tempahan. Jadikan percutian anda lebih mudah dengan XTVT.

Click on the Climbing Activities, Caving Activities or Parks & Trails categories
XTVT mempunyai beratus cadangan aktiviti untuk anda lakukan sepanjang percutian

Paling best, aplikasi XTVT juga mengalu-alukan sumbangan anda untuk memantapkan lagi perkhidmatan ini. Pengguna boleh menghantar informasi aktiviti-aktiviti menarik yang ada di tempat masing-masing untuk dimuatkan dalam XTVTExperience like a local.

Mungkin informasi yang anda kirimkan boleh dijadikan panduan buat pengunjung lain untuk merancang percutian mereka gaya pelancong tempatan.

5 SEBAB KENA DOWNLOAD XTVT

  • Kepelbagaian aktiviti percutian ditawarkan mengikut minat & bajet masing-masing
  • Paparan informasi/antara muka yang mudah difahami
  • Aplikasi yang ‘ringan’, tidak beratkan storan telefon pintar
  • Boleh buat tempahan secara terus menerusi aplikasi sahaja
  • Terokai banyak lokasi-lokasi ‘rare’ yang sesetengahnya tidak diketahui oleh pelancong tempatan sendiri
Mi Kahwin di Ujong Pasir - Discover Malaysia Like A Local
Pasir cantik di Klebang - Discover Malaysia Like A Local
Masbro Village di Paya Rumput - Discover Malaysia Like A Local

Muat turun aplikasi XTVT. Panduan lengkap tempat makan, budaya, mendaki, pantai dan pulau – semua ada!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!